Ahad, 4 Oktober 2020

CABARAN MENJADI GURU SEKOLAH SWASTA TAHUN 1988

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 4)



Semester akhir tahun 4 di UKM saya memohon mengikuti Program Diploma Pendidikan di UKM. Malangnya permohonan tersebut gagal. Ini kerana pihak universiti mengutamakan pemengang Dermasiswa Perguruan. Ketika itu saya merasa kecewa kerana menolak Dermasiswa guru pada tahun 1984. Kawan-kawan pemegang Dermasiswa Perguruan seperti Suhaimi dan Eh Mooi Eh Chit dapat membuat Diploma Pendidikan.

Tanggal 1 Jun 1988 selepas tamat peperiksaan tahun akhir saya balik ke Kampung Gong Chapa. Mulai saat itu saya mula menjadi penggangur. Nak kembali melukis kartun rasa dah terlewat kerana telah behenti sejak tahun 1984 kerana mengikut nasihat Che Yaakob yang tidak suka saya melukis kartun untuk mencari duit. Pada tahun 1988 saya telah menolak tawaran Persatuan Kartunis Kelantan untk melukis kartun dalam majalah baru yang bakal diterbitkan. Alasan saya ketika itu ialah sedang menyiapkan tesis Sarjana muda Sasatera . Buntu memikirkan masa depan saya ke Pejabat Buruh di Kota Bharu untuk mendaftar sebagai Siswazah menggangur.

Untuk mencari duit saya mula membersihkan kebun aruah Che untuk menanam pisang dan sayur-sayuran. Setelah seminggu buat kerja-kerja pertanian, sahabat karib saya Ustaz Sayuti datang ke rumah memintak ikut bersama temuduga menjadi Guru Swasta di Sekolah Adabi Pasir Puteh. Setelah menjalani sesi mengajar di sekolah Adabi, pelajar-pelajar Tingkatan 6 menyokong saya mengajar Subjek Sejarah Tingkatan 6. rupanya bakat lawak saya disenang oleh pelajar-pelajar Tingkatan 6 di Sekolah Adabi.Ustaz Sayuti pula terpilih menjadi Guru Pendidikan Islam. Ssaya menggantikan tempat Nur Azina Che Will kawan sekelas sejak Tingkatan 1 Khas 1977.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan