Ahad, 4 Oktober 2020

MEMULAKAN PENYELIDIKAN SEJARAH SEJAK 1984.

BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 3

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB






Minat yang mendalam terhadap mata pelajaran sejarah menyebabkan saya memulakan R&D Sejarah sejak tahun 1 di UKM. Pada tahun 1984 Kamsis E Universiti Kebangsaan Malaysia kerap mengadakan lawatan ke Melaka. Antara tempat bersejarah yang kami lawati ialah Perigi Hang Tuah.

Perigi Hang Tuah terletak di Kampung Duyong, Melaka, Malaysia ini dikatakan mempunyai kaitan dengan Hang Tuah seorang pahlawan yang terkemuka di Nusantara ini di Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Hang Tuah Yang dilahirkan di Kampung Duyong ini dipercayai menggali sendiri perigi ini untuk kegunaannya. Malangnya ketika itu saya tidak mampu membeli kamera. Jadi setiap kali lawatan ke tempat bersejarah saya mengharapkan kawan-kawan yang ada kamera menggambil gambar dan saya membeli gambar tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan