Ahad, 4 Oktober 2020

GAGAL TEMU DUGA KPLI DI UIAM 1988.

(BAIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 13)



Pada tahun bulan Disember 1988 program KPLI pertama diadakan untuk mengambil bakal guru bagi mata pelajaran kritikal Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam.Melalui iklan yang disiarkan di surat khabar calon dikehendaki membaca novel, buku ilmiah dan buku pengetahuan am.

Ustaz Sayuti sekali lagi mengajak saya mengisi borang KPLI untuk mencuba nasib untuk menjadi guru Pendidikan Islam dan Bahasa Melayu. Kebetulan banyak novel di rumah kerana saya pernah mengabil kertas Kertas Kesusasteraan Melayu. Antara Novel tersebut ialah Salina, Ranjau Sepanjang Jalan dan banyak lagi.(1)

Setelah menunggu hampir sebulan lebih. Kami dipanggil temuduga di UIA. Saya merasa sangat gembira tetapi takut gagal kerana program itu memilih memilih guru bahasa Melayu, sedangkan saya berkelulusan Sejarah.

Tetapi lebih baik mencuba dari takut gagal. Saya fikir peluang Ustaz Sayuti lebih cerah kerana kelulusannya dalam budang Pendidikan Islam seperti dalam syarat permohonan.

Kami bertolak ke Kamsis D UKM dan menumpang di rumah Fello kerana kawan baik sejak di SMK Kamil, Harun memjadi Fello di situ. Keesokan hari barulah saya dan Ustaz Sayuti menaiki bas mini ke UIA. Setelah menjalani ujian bertulis di UIA kami pun balik ke Pasir Puteh. Pada hari tersebut kami terkejut membaca berita bekas penjaga gol Malaysia R.Arumugam terkorban dalam kemalangan jalan raya di Lebih raya Persekutuan FT2 pada 18 Disember 1988. Saya gagal dalam temu duga tersebut kerana tidak berkelulusan Bahasa Melayu. Ustaz Sayuti berjaya diterima masuk ke program KPLI. Jadi berakhirlah rutin kami menunggu durian gugur milik ayah ustaz di Pelagat.

________________________

1)Catatan Dairi 1988.

2)Blog Jalan Raya Malaysia-BIRM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan