Ahad, 4 Oktober 2020

1988 TAMAT PENGAJIAN DI UKM

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 9)






Pada tahun akhir saya buat pengkhususan Sejarah. Oleh itu saya tak perlu lagi belajar Kesusasteraan Melayu. Pada Semester Akhir Tahun 4 saya mengambil kertas Sejarah Indonesia yang diajar oleh Profesor Dr Ahmat Adam. Profesor ini seorang yang tegas dan agak garang. Hari pertama kuliah Sejarah Indonesia, Profesor Dr. Adam menegaskan tahun ini tiada seorang pelajar pun akan dapat A kertas saya. Alhamdulillah rupanya gimik sahaja dapat A kertas Sejarah Iindonesia.
Semua pelajar mula risau dan merasa tersalah pilih kertas dah. Sedangkan ketika itu kalau tak dapat A, kami tak dapat ijazah Kelas Kedua Bahagian Atas. Tahun lepas tidak ada pelajar yang mendapat Ijazah Kelas Pertama. Seperti biasa selepas habis kuliah saya ke Perpustakaan Tun Sri Lanang untuk menyiapkan nota. Saya sentiasa belajar bersungguh-sungguh untuk bersaing dengan pelajar China, India dan Brunei. 10
Ketika itu memang sibuk, hari tiada kuliah saya ke Perustakaan Universiti Malaya, Arkib Negara dan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka tempat saya bekerja tahun 1987. Setelah bertungkus-lumus selama empat bulan, akhirnya tesis dapat disiapkan. Tesis ini saya taip menggunakan mesin taip Olimpia yang dibeli oleh Abang Zahari Yaakob. Apabila tesis dah siap saya tak ada duit nak cetak lima salinan kulit tebal. Jadi terpaksa minta duit RM100.00 dengan Abang Zahari yang bekerja di Pejabat Pos Johor Bahru.
Apabila keputusan periksa Tahun 4 diumumkan saya sangat gembira kerana mendapat Ijazah Sastera dengan Kepujian Kelas Dua Bahagian Atas Dalam Sejarah. Saya bersama tujuh orang pelajar lain mendapat anugerah pelajar terbaik Jabatan sejarah UKM tahun 1988. Pada tahun 1988 tidak ada seorang pelajar pun mendapat Ijazah Kelas Pertama.Saya layak membuat Sarjana Sejarah pada tahun tersebut. 11
___________________________
10. Catatan Dairi 1988.
11. Ibid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan