Ahad, 4 Oktober 2020

MENDAPAT TAWARAN MENJADI KARTUNIS -1988

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 8).




Setelah mendaftar untuk Pengajian Semester 1 tahun 4 Sesi 1987/88 pada 3 Julai 1987, saya mula membuat proposal untuk menulis Tesis Sejarah Tahun Akhir. Penyelia saya ialah Proffesor Dr Nik Anuar Nik Mahmud yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan. Tajuk Tesis saya ialah Sejarah Perkembangan dan Perjuangan UMNO Bahagian Pasir Puteh 1946-1970.

Oleh kerana tempat kajian di Pasir Puteh, saya kerap balik Kampung Gong Chapa untuk menemu bual responden. Saya mengalamapi pengalaman pahit apabil isteri Ketua Pemuda UMNO Pasir Puteh tidak membenarkan saya membuat temu janji untuk menemu ramah suaminya. Alasan yang diberikan ialah mana ada pelajar universiti naik basikal buat kajian tesis. Paling kurang menunggang motosikal. Ssaya merasa sangat sedih kerana sebagai anak orang miskin saya tidak ada motorsikal. Pergi kuliah pun berjalan kaki. Hujung bulan makan maggie.

Saya terpaksa balik ke rumah dan bergegas ke rumah Nik Azman untuk membawa saya membonceng motosikal untuk ke rumah wakil rakyat tadi. Setelah Nik Azman Nik Salleh memperkenalkan saya sebagai pelajar tahun akhir Jabatan Sejarah di UKM barulah saya dibenarkan buat temu ramah. Tetapi Pejabat SUK Kelantan menerma kedatangan saya untuk mendapatkan maklumat dengan penuh mesra. Rupanya kalau kita miskin orang sentiasa pandang rendah dan hina. Kesibukan membuat penyelidikan menyebabkan saya terslap tarikh naik bas. Tarikh sebenar 29 Jun 1988 saya naik bas 30 haribulan Jun 1988. Nasib baik ada kawan kakak saya dari Felda Jengka 4 membawa saya dengan kereta ke Jengka 4. Keesokan harinya barulah saya bertolak ke UKM dari Stesen Bas Temerloh.

Apabila sampai ke rumah sewa, saya terkejut kerana menerima sepucuk surat dari Persatuan Kartunis Kelantan. Mereka menawarkan saya menjadi kartunis dan sama-sama melukis kartun untuk majalah kartun baru yang akan diterbitkan oleh Persatuan Kartunis Kelantan. Saya merasa sangat gembira kerana walau pun dah menghasik kayya katun sejak masuk UKM jun 1984, mereaka masih menghargai sumbangan saya sebagai kartuni sebelum ini. Walau bagaimana pun saya menjawab surat Persatuaan Kartunis Kelantan dan menolak tawaran tersebut. Pertama tak mahu melanggar amanat Che saya minta saya behenti melukis kartun. Kedua masa menyiapkan tesis sebulan lagi.

__________________________________

8.Ahmad Yaakob ,”Sejarah Perkembangan dan Perjuangan UMNO ahagiain Pasir Puteh 1946-1970”, (Tesis Sarjana Muda sastera , Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi), 1988,1.

9. Catatan Dairi 1988.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan