Ahad, 4 Oktober 2020

KENANGAN DI MASJID KAJANG 1985-1990.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 27)




Sejak tahun 1984, saya mula membuat kajian tentang sejarah masjid yang pernah saya singgah solat. Masjid Kajang merupakan Masjid terdekat untuk solat Jumaat semasa tinggal di Taman Kajang Jaya 1985-1987 dan semasa tinggal di kawasan perumahan di Jalan Bukit Kajang. Semasa tinggal di Taman Kajang Jaya saya menumpang motor Ibrahim Yaakob dan Ustaz Sallahuddin Jaafar. Jarak dari rumah ke masjid lima belas minit berjalan kaki kalau naik motosikal 10 minit keranan jalan sesak. Kadang kala saya berjalan kaki untuk solat jumaat kerana kawan-kawan yang bermotosikal tak balik dan solat di Masjid UKM.[1]

Semasa tinggal di Jalan Bukit aktiviti solat berjemaah tidak ada masalah kerana Ustaz Ramly dan Ustaz Wali tinggal bersama kami. Saya sempat menegambil doa lepas solat saripada Ustaz Ramly yang berkelulusan dari Universiti Al-Azhar Mesir. Mereka menceritakan tangga Universiti Al-Azhar ada kesan lekuk akibat pijakan kaki para pelajar sejak zaman-berzaman. Kadang-kala abdul Manaf mengajak saya membaca Yassin pada malam Jumaat di Masjid Kajang. Pernah saya tertidur semasa menbaca surah Yassin. Kini tinggal kenangan, cikgu Manaf dan Cikgu Md Riffin Deraman telah pun meninggal dunia. Al Fatihah untuk dua orang sahabat saya ni.[2]

Berbalik kepada cerita Masid Kajang, Masjid ini dibina pada tahun 1960an apabila ujudnya bandar Kajang dan keperluan ibadah bagi masyarakat Kajang. Masjid ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Sallehuddin Abd Aziz Shah Alhaj pada tanggal 14 Mei 1971. Masjid ini dibina berasaskan senibina ala timur tengah di mana terdapat empat menara kecil berbumbungkan kubah disetiap penjuru masjid dan dua kubah besar didepan dan belakangnya. Binaannya terdiri dari batu bata konkrit dan beratapkan genting.[3]

Terdapat dua aras solat dimana aras bawah dipenuhi dengan permaidani biru yang luas dan bahagian atas untuk kaum wanita pada musim perayaan. Sisipan angin dibuat dibahagian atas dinding bagi mempastikan pengudaraan yang baik masuk kedalam masjid.

Antara kemudahan yang terdapat ialah ruang parking yang luas, van jenazah, ruangan solat yang selesa untuk sembahyang, perpustakaan, rumah pegawai , deretan kedai dan khidmat insuran. Masjid ini aktif menyediakan program-program kuliah harian dan ceramah untuk para jemaah. Masjid ini menyediakan Klinik Waqaf An-nur dan gerai makanan didalam kawasan masjid.[4]

__________________________

[1] Catatan Dairi 1986

[2] Catatan Dairi 1990.

[3] http://ii.islam.gov.my/mosque/detailed.php?id=652

[4] Ibid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan