Ahad, 4 Oktober 2020

LOGHAT KELANTAN YANG MASIH PEKAT

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 28)




Hari pertama latihan mengajar saya diperkenalkan dengan Cikgu Mat Jais dan Cikgu Syed. Saya diberi jadual untuk mengajar kelas 4 Sastera dan 4 Perdagangan. Minggu pertama saya menghadapi masalah untuk mengawal kelas kerana baru mengajar dan belum mengenali perwatakan pelajar.Masalah utama ketika itu ialah masalah loghat Kelantan saya yang masih pekat.Rakan-rakan guru di SMK Seri Tanjong Melaka menegur saya supaya belajar mengurangkan loghat Kelantan dan menggunakan bahasa Malaysia.[1]
Sebagai guru pelatih saya menerima kekurangan tersebut dan berusaha berlatih menggunakan Bahasa Malaysia. Setiap hari selepas siap membuat ABM bagi subjek Sejarah dan Kesusasteraan Melayu saya baca skrip untuk mengajar pada hari esok.
_______________________
[1] Catatan Dairi 1990

Tiada ulasan:

Catat Ulasan