Isnin, 5 Oktober 2020

MENCARI RUMAH SEWA

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 25)



Selepas tamat persekolahan saya dan cikgu Kamarulzaman pulang ke rumah Haji Mokhtar Chik di Kampung Padang Buluh. Kami tinggal sebilik di Bilik anak bungsu Hj Mokhtar, Muhammad Akhiri.Keesokannya macam biasa saya bangun awal jam 5.00 pagi. Selepas selesai mandi kami solat subuh berjemaah dengan Hj Mokhtar menjadi imam. Selepas sarapan kami bertolak ke SMK Tengku Abdullah pada pukul 6.50 pagi.(1)

Selepas perhimpunan, semua guru dan pelajar diarahkan oleh Pengetua SMKTA, Tuan Hj Mohd. Hassan bin Ali untuk menyiapkan tugasan masing-masing. Saya membantu Cikgu Murad dan Puan Najah Osman membuat bunga manggar. Kami dibantu oleh pelajar Tingkatan 3 3P1. Selepas waktu rekat, dua orang Guru GSTT cikgu Azmi Yahya dan Khairul Salleh bin Abdul Rahman untuk tinggal di rumah mereka. Rumah sewa mereka di Kampung Ketapang Tengah berdekatan dengan Jambatan Sungai Gali.[2]

_____________________________

[1]Catatan Dairi Jun 1990.

[2]Ibid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan