Ahad, 4 Oktober 2020

MENUMPANG DI RUMAH HJ MOKHTAR

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 23)

Tuan Hj. Mokhtar meminta saya menggunakan bilik anaknya Muhammad Akhiri yang bekerja di Kuala Lumpur. Selepas solat zuhor Tuan Hj. Mokhtar mengajak saya makan kenduri di Perkampungan Banjir Maran. Ketika itu saya tengah menonton perlawanan Akhir Badminton Piala Uber di antara pasukan China dan Korea selatan. Rasa ralat juga tetapi tetap akur kerana menumpang di rumah orang.[1]

Saya merasa sangat letih tetapi kembali bersemangat selepas makan gulai kawah di rumah besan Hj Mokhtar. Kenduri itu diadakan kerana anak perempuan Hj Mokhtar baru lulus Ijazah sarjana perubatan di UKM. Selepas kenduri tamat kami kembali ke Pekan.[2]

___________________________

[1] Catatan Dairi Jun 1990.

[2] Ibid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan