Isnin, 5 Oktober 2020

MENYEWA DI KAMPUNG KETAPANG TENGAH

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 26)




Akhirnya dengan pertolongan Cikgu Jamiuddin bin Kasim kami dapat menyewa sebuah rumah kayu dua bilik di Kampung Ketapang Tengah, Pekan Pahang. Hari Sabtu 8 jun 1990 kami berpindah ke rumah sewa tersebut dengan sewa sebanak RM150.00. Jarak dari rumah sewa ke sekolah ialah suku kilometer sahaja. Rumah kayu ini tidak berpagar dan berdekatan dengan beberapa buah rumah berjiran di sebelah kiri dan kanan. Di belakang rumah terdapat sebuah kebun yang berpagar kayu.[1]

Ketika itu tidak ada kedai makan di Kampung Ketapang Tengah. Kedai makan cuma ada di simpang jalan masuk ke Kampung Ketapang Tengah atau di sekitar pesisir Sungai Pahang atau di Bandar Pekan. Surau terdekat pula terletak di kawasan bandar Pekan. Tempat paling selesa bersolat ialah di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan. Ketika itu saya membonceng motosikal cikgu Kamarulzaman untuk ke masjid, tetapi tetap berjalan kaki ke sekolah.[2]

_____________________

[1] Catatan Dairi Jun 1990.

[2]ibid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan