Ahad, 4 Oktober 2020

CHE YAAKOB SEMAKIN UZUR.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 21)



Hari Jumaat 27 April 1990 kakak saya menelefon Sekolah minta kebenaran untuk membawa saya balik Kampung Gong Chapa kerana ayah saya sakit tenat. Saya menulis surat cuti dan menghantar ke Pejabat SMK Seri Tanjong dan terus ke Batu Berendam. Kami ke Stesen Bas Bandar Melaka untuk membeli tiket balik ke Pasir Puteh.[1]

Ssya sempat berada di Kampung Gong Chapa selama tiga hari. Tetapi merasa sedih kerana Che terlantar sakit dan tidak lagi dapat mengimamkan solat terawih seperti tahun-tahun sebelumnya. Umur Che ketika itu dah mencecah 82 tahun. Pada hari Isnin saya bersama kakak Asiah sekeluarga kembali balik ke Melaka. Lega kerana tiga hari dapat berehat di kampung.[2]

________________________________

[1] Surat Permohonan Cuti Melawat Bapa Saki Tenat.

[2] Catatan Dairi April 1990

Tiada ulasan:

Catat Ulasan