Ahad, 4 Oktober 2020

PELAJAR KEMBAR SMK SERI TANJONG

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 29)




Pada awal bulan Mac 1990, saya keliru apabila ada pelajar Tingkatan 4 Sastera berada di Kelas 4 Perdagangan .Sedangkan saya baru sahaja habis mengajar Kesusasteraan Melayu dengan menggunakan Teks Hari Kemerdekaan sebagai sumber rujukan.

Apabila nak mulakan pengajaran Sejarah, saya minta pelajar tadi balik ke Kelas 4 Sastera, tetapi tanpa rasa bersalah, dia tetap duduk di meja hadapan dan mula belajar. Keesokan hari perkara sama juga berlaku. Akhirnya barulah saya dimaklumkan pelajar tadi ada adik kembar di Kelas 4 Sastera. [1]

______________________

[1]Dairi 1990

Tiada ulasan:

Catat Ulasan