Ahad, 4 Oktober 2020

KEMBALI KE BILIK KULIAH.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 21)






Sebaik sahaja mendaftar sebagai pelajar Diploma Pendidikan, Semester I saya mengambil enam kertas wajib dan satu kertas pilihan.Kertas tersebut ialah;

GB 5012 PSIKOLOGI PENDIDIKAN I

GC 5013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

GD 5012 SOSIOLOGI PENDIDIKAN

GE 5012 KEMAHIRAN BAHASA MELAYU DALAM

PENDIDIKAN

GF 5012 PENDIDIKAN JASMANI

GE 5022 KAEDAH AM SASTERA

GE 6762 PUSAT SUMBER PERPUSTAKAAN SEKOLAH DALAM PENDIDIKAN (KERTAS PILIHAN).[1].

Pada sesi 1989/1990 Fakulti Pendidikan masih menumpang di bangunan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan. Saya mengambil Diploma Pendidikan Sejarah. Antara pensayarah yang mengajar Pendidikan Sejarah ialah Abdul Mutalib Rani dan Dr Razali Md Arof. Bagi kaedah Kesusasteraan Melayu saya mendapat bimbingan Abdul Ghafar Ibrahim (AGI). Pensayarah Sosiologi Pendidikan I ialah Dr Abdullah Mohd Noor, pensyarah paling kelakar di Fakulti Pendidikan. Ustaz Rauf Dalib pula mengajar Falsafah Pendidikan di Malaysia. Manakala Dr Rohaty Majzub pula mengajar Psikologi Pendidikan I.[2]

__________________________

[1]Transkrip Keputusan Tahun 3 Semester I dan II sesi 1986/87.

[2]https://documents.mx/pengisahan-fakulti-pendidikan-1972...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan