Ahad, 4 Oktober 2020

BIOGRAFI SEORANG GURU SEJARAH SIRI 1 (AHMAD YAAKOB)

 OLEH-AHMAD YAAKOB



TAHUN 1982 MULA MENGAJAR SUBJEK TINGKATAN 6
Pada tahun 1982, semasa di Tingkatan 6 Rendah saya mula mengajar subjek Ekonomi, Geografi dan Sejarah. Sebaik sahaja pulang dari sekolah saya membuat persiapan untuk mengajar Khalid, sahabat karib yang sering tidak faham subjek Ekonomi dan Geografi atau subjek lain yang diajar oleh cikgu dalam kelas. Rupanya teknik terbaik untuk menguasai subjek tingkatan 6 ialah dengan menjadi guru. Apabila kita mengajar orang lain kita kena buat persiapan mengajar dan ingat semua isi pelajaran subjek tersebut. Bermula dari aktiviti mengajar kawan saya mula minat menjadi guru. Ini kerana Che tidak membenarkan saya menjadikan kartunis sebagai kerjaya selepas tamat belajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan