Ahad, 4 Oktober 2020

DILEMA MEMILIH DERMASISWA DI UKM 1984

 DILEMA MEMILIH DERMASISWA DI UKM 1984

Biografi seorang guru Sejarah Siri 2.

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB



Pada tahun 1984, pelajar di UKM bebas memilih tiga jenis Dermasiswa, pertama Dermasiswa Perguruan, kedua Dermasiswa JPA dan Biasiswa daripada kerajaan negeri. Pada 15 September 1984 saya menerima tawaran Dermasiswa Perguruan, dan Dermasiswa JPA serentak. Ketika itu minat untuk menjadi guru tidak ada kerana saya sejak zaman sekolah seorang pendiam dan pemalu serta tidak pernah bercakap dengan pelajar perempuan kecuali ada tugas dan tidak pernah berucap di khalayak ramai.Kebolehan ketika itu ialah kemampuan membuat lawak spontan sesuai dengan kerjaya saya sebagai kartunis. Jadi perwatakan tersebut tidak sesuai untuk menjadi guru.

Tambahan pula saya ditawarkan Major Geografi dan Minor sejarah. Saya tak minat mata pelajaran Geografi. Ketika itu kami diberi masa seminggu untuk mencari penjamin. Saya bertolak ke Ampang pada hari Sabtu untuk mencari penjamin. Ketika itu waris terdekat ialah anak saudara Abdullah bin Abdul Rahman, Pegawai MARA di Kuala Lumpur. Apabila siap mencari penjamin saya kembali ke UKM. Pada hari isnin 21 September 1984 saya bersama kawan karib Suhaimi bergegas untuk menghanta borang permohonan. Tetapi berpatah balik kerana kata hati kuat untuk menerima Dermasiswa JPA kerana tidak minat menjadi Guru Geografi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan